Sunday, 16 October 2016

WILL YOU MARRY ME, MARIA? 13




BAB 13



SETENGAH jam perjalanan, Maria masih membisu. Dia perasan Effan kerap menoleh ke sebelah ketika memandu. Dia pula tak tahu apa yang nak dibualkan dengan Effan. Rasa tak setaraf pula berada di sebelah lelaki itu. Namun, bibirnya terasa ringan untuk bertanya.

“Encik Effan nak bawa saya pergi ke mana sebenarnya?”
“Sebenarnya saya nak keluar berdua dengan awak aje.”

Maria terpempan. Jadi, dia ajak aku keluar untuk berdua-duaan dengan dia? Aku dah tertipu. Aku patut dapat agak niatnya.

“Tak adalah. Biar saya terus-terang aje ya? Sebenarnya, masa dalam dewan tadi saya terdengar awak bercakap dengan kawan awak.”

Itu Fakhrul. Rupa-rupanya Effan ada di situ. Dia fikir lelaki itu entah ke mana. Dia mula geram bila Effan curi dengar perbualannya dengan Fakhrul. 

“Kenapa Encik Effan curi dengar saya bercakap dengan kawan saya?”

“Saya ingat dia nak mengurat awak.”

“Dia tu dah kahwin.”

“Oh ya? Saya ingatkan dia memang nak mengurat awak. Itu yang saya berdiri belakang awak.”

“Encik Effan ni kan, tengah layan guest pun sempat lagi, kan? Bukan aje Encik Effan dah curi dengar perbualan saya, dalam dewan tadi pun Encik Effan duduk belakang saya. Macam Encik Effan dah pelan semua tu.”

Effan tarik senyum. Maria memang bijak. Dia sengaja duduk membelakangkan Maria sebab nak bagi nota. Dia tiada nombor telefon Maria untuk berbalas mesej. Jadi, terpaksalah dia guna cara lama.

“Kalau saya tak buat macam tu, saya tak tahu berapa lama saya kena tunggu untuk dapat nombor telefon awak.”

Maria sudah terkena kali ini. 

“Saya minta maaf. Kalau saya tak curi dengar, saya mungkin tak tahu yang hari ni hari jadi awak. I heard it. I saw it. I just can’t let it be.” Effan jelaskan ketika dia dengar daripada perbualan Maria dan juga tulisan pada dinding kaca. 

Maria terkesima. Tak berkedip mata memandang Effan yang sedang memandu. Sekilas lelaki itu menoleh dan redup menatap wajahnya kembali.

“Happy birthday, Maria,” ucap Effan dengan sepenuh hati. 

Maria palingkan wajah. Dia terharu. Dalam waktu yang sama, dia teringatkan Hardy. Air mata mula merembes di tubir mata. Maria kesat dengan jari supaya Effan tak tahu perasaannya sekarang.

“Saya nak raikan hari jadi kawan saya hari ni. Boleh?” Effan toleh lagi. Dia terkejut apabila ternampak Maria menyapu-nyapu pipinya. Terus wajah riangnya bertukar.

“Maria, kenapa awak menangis?”

Gadis itu geleng. Takkanlah menangis tiba-tiba tanpa sebab. Effan jadi gusar jika dia yang menyebabkan Maria menangis.

“Maria, saya ada buat awak terasa hati ke? Kalau ada, saya minta maaf. Saya tak bermaksud macam tu.”

Maria geleng lagi. Effan tak menggores hatinya langsung. Dia yang terlebih emosi dengan ucapan hari jadi itu. Terharu, sedih, terkilan bercampur dalam hatinya.

“Kenapa, Maria? Kalau awak ada masalah, awak boleh luah dekat saya. Saya nak dengar.”

Effan tahu Maria teringatkan bekas teman lelakinya. Semua itu dia dengar daripada alat perakam itu. Cuma, dia perlu berpura-pura tak tahu supaya Maria tak syak.

“Terima kasih.” Hanya itu mampu Maria ucapkan.

“Dahlah. Jangan sedih-sedih. Okey?”

Maria angguk. Dia cuma terharu dengan ucapan Effan. Dalam waktu yang sama, dia terkenangkan seseorang. Apa dia patut lakukan untuk lupakan Hardy?

“Saya tak sedih. Saya terharu, Encik Effan.”

“Alah, sweet sangat ke ucapan saya tu? Macam biasa jugak.” 

Effan cuba ceriakan suasana.

“Sebab…”

“Sebab?” 

“Saya cuma teringatkan seseorang.”

Effan angguk-angguk kepala. “I see. Siapa dia?” Dia bertanya walhal dia sudah tahu siapa yang Maria maksudkan.

Namun, Maria membisu seketika. Dia masih terfikir perlukan Effan tahu semua itu? Rasa tak layak untuk dia bercerita kepada Effan tentang kisah cintanya yang merepek itu. Takkanlah lelaki itu nak dengar.

“Ceritalah. Saya ni pandai bagi nasihat tau. Macam pakar motivasi jugaklah. Tapi, dengan cara saya. Jangan segan. Kita kan dah jadi kawan. Cerita aje. Saya nak dengar. Okey, cerita sekarang.” Effan terus zip rapat bibirnya dan beri peluang kepada Maria saja bercakap. Dia akan dengar sampai habis.

Memaksa pulak si Effan ni. Maria diburu serba salah. Dia pandang Effan. Lelaki itu pandang balik. Kemudian dia ulang lagi dan reaksi masih sama. Effan ternanti-nanti ceritanya walaupun dia tak bersuara.

“Okey. Saya pernah ada boyfriend. Nama dia Hardy. Sejujurnya, sebelum dia jadi teman lelaki saya, saya yang mula dulu. Kami berkawan hampir dua tahun. Selepas tu barulah dia terima saya jadi teman wanita dia. Saya pula, rasa macam sayalah perempuan paling beruntung masa tu. Selama tu, Hardy seorang yang romantik. Dia suka belikan saya hadiah. Bagi cenderahati. Bila saya dah kerja, saya selalu sibuk. Weekend pun kena kerja. Tak tentu masa. Kami jarang dapat berjumpa. Dating macam pasangan lain.” Maria berjeda. Ambil nafas. Walaupun dalam otaknya terfikir ke mana Effan nak pergi. Jauh sudah rasanya perjalanan mereka.

Sambungnya. “Setahun, mungkin Hardy boleh faham. Tahun kedua dan ketiga, dia banyak merungut. Saya dapat tahu yang dia dah ada orang lain. Saya tahu hati dia dah berubah. Saya yang buat tak nampak semua tu sebab nak pertahankan hubungan kami. Tapi, hari saya kejar dia di airport, dia luah semua yang dia tak puas hati dekat saya selama ni. Masa dia cakap dia akan kahwin dengan Sophie, saya rasa saya dah tak ada harapan lagi. Ada satu benda yang jadi simbolik hubungan kami. Dia bagi saya rantai kunci yang ada bentuk kunci dan hati pada hari pertama dia terima saya jadi girlfriend dia. Benda tu saya dah pulangkan. Cuma, sampai hari ni saya masih terfikirkan dia. Saya tak tahu apa saya patut buat untuk lupakan dia. Saya dah cuba.” 

“Dah habis?” Effan bersuara. Rasanya cerita Maria sudah sampai ke penghujung. Sekarang barulah dia faham cerita sebenarnya. Apa yang dia dengar daripada perakam itu agak samar. Dia juga masih ingat tentang hadiah-hadiah yang Hardy berikan daripada rakaman yang didengarinya.

“Habis dah.”

“Okey. Semua orang ada kelebihan dan kekurangan. Kalau dia tak boleh terima awak sibuk dengan kerja, baik dia bercinta dengan pengganggur. Betul tak? Bagi saya, kalau dia lelaki yang memahami dan terima awak seadaanya, dia boleh faham keadaan tu. Dia tak sepatutnya cari pengganti bila dia tahu awak ada kekurangan. Dia kena perbaiki kekurangan tu. Contohnya, duduk berbincang bersama. Bagi ruang untuk awak bela diri. That’s fair. Dia pulak akan bagi tahu apa yang dia nak. Sama-sama perbetulkan.”

“Dah terlambat,” celah Maria lirih.

“Belum terlambat. Jadi, awak kena perbetulkan diri awak sebelum awak nak bercinta semula lepas ni. Kalau tak, benda sama akan berlaku.”

“Saya belum terfikirlah,” dalih Maria.

“Okey. Kalau awak masih ingat, saya pernah bagi tahu awak yang saya pernah putus cinta. Walaupun dah lebih tiga tahun, kadang-kadang saya teringat jugak apa yang dia dah buat. Tapi, saya takkan biarkan benda tu jejaskan saya. Bagi saya, tak ada apa yang perlu dikenangkan bila orang tak hargai kita.” 

Mari masih ingat lagi cerita Effan. 

“Jadi, macam mana kalau kita lakukan bersama-sama? Maksud saya, sama-sama cuba lupakan bekas kekasih?”

“Apa maksud Encik Effan ni?”



TANPA Maria ketahui, Effan ada sediakan kejutan kecil untuk gadis itu. Adik perempuan Oppy menguruskan perniagaaan kek dan buka sebuah café. Jadi, dia sudah minta adik Oppy, Suhaila buat sedikit persiapan supaya ia nampak istimewa. Untuk hari ini, Effan minta café itu tak dibuka kepada pelanggan. Dia juga akan bayar kepada Sulaila atas kerugian itu nanti.

Kereta yang dipandu berhenti di depan café The Delights. Sebelum matikan enjin, Effan pandang Maria dulu. 

“Ni café adik Oppy. Dia baker,” beritahu Effan seraya menanggalkan kotnya. Kot dicampak ke tempat duduk belakang.

“Jom.”

Effan mula keluar daripada perut kereta. Maria menyusul selepas itu sambil memandang ke arah café yang dimaksudkan. 

Apabila Effan sampai, Suhaila dan dua orang pekerjanya mula kelam kabut. Masih ada belon yang belum diikat dan digantung. Kelewatan itu berpunca daripada pelanggan-pelanggannya yang lambat keluar dan asyik melepak.

Effan masuk ke dalam café. Dia pegang pintu dan biarkan Maria masuk. Mata Maria terpaku memandang satu meja yang sudah diletak sebiji kek. Di dinding pula ada hiasan riben dan belon berwarna-warni. Maria toleh ke arah Effan dengan rasa terharu.

“Apa semua ni, Encik Effan?”

“It’s my girlfriend’s birthday.”

Maria kembali pandang ke meja itu. Hardy tak pernah buat kejutan begini. Tetapi, dia tetap gembira dan teruja.

“Encik Effan, minta maaf sangat. Ada yang belum siap. Kejap ya.” Suhaila datang menghantar minuman dan dulang berisi kek cawan berbagai warna dan hiasan.

“Tak apa. Saya yang sampai awal,” ujar Effan tersenyum. Dia mengajak Maria ke meja yang sudah dihias. Maria mendekat. Matanya jatuh pada sebijik kek di tengah-tengah meja. Dia membacanya sambil berlabuh. Effan duduk berhadapan. Musykil. Macam mana Effan tahu umurnya? 
Maria turns 27.
“Encik Effan, tak perlu susah-susah buat macam ni.”

“Tak susah. Orang yang buatkan untuk saya.”

“Tapi, bila masa Encik Effan buat semua ni?”

Effan senyum. “Lepas saya dengar awak bersembang dengan kawan awak, saya telefon Oppy. Oppy telefon adik dia dan nilah hasilnya.”

Sekarang Maria faham. Semuanya jadi mudah bila ada duit. Tak perlulah Effan bersusah- payah begini untuknya. Dia jadi segan dengan Effan.

Maria mendengus halus. “Terima kasih.”

“Saya terima kasihnya,” balas Effan sambil bergurau. Maria ketawa kecil. Ada saja jawapannya.

Semua sudah berada di atas meja. Kini, tinggal mereka berdua saja di café itu. Suhaila dan pekerja-pekerjanya pergi ke belakang. Tak mahu mengganggu.

“Kalau kau orang nak tahu, tu bos abang akak. Handsome kan?” beritahu Suhaila kepada dua orang pekerjanya yang sedang mengintai ke luar.

“Memang handsome, Kak Ila. Untungnya Maria tu, kan?”

“Dah. Pergi kemas. Buat kerja.”



TODAY is my birthday and special day
It just for me, it just for me
Today is my birthday and I’m so glad
Encik Effan, can you sing with me?
Maria bertukar karakter terus. Lagu kanak-kanak itu ditukar juga liriknya. Dia menjadi selamba menyanyi di depan Effan untuk diri sendiri. Effan hanya tersenyum. Dia bukannya pandai menyanyi. Suara sumbang.

“Happy birthday to you. Happy birthday to you.” Effan cuba menyanyi lagu biasa. Dia tak tahu lagu yang Maria nyanyikan. Itupun malu-malu kucing dia lontarkan vokalnya.

“Comelnya Encik Effan nyanyi.” Maria tertawa kecil.

Terasa berderau darah panas menyerbu ke muka Effan. Muka maskulin macam ini dikatakan comel?

Lilin yang sedang membakar diri itu ditiup oleh Maria. Masa untuk potong kek.

“Apa kata Encik Effan ajak sekali dia orang? Takkan kita berdua aje nak habiskan kek ni.”

“Awak potong dulu. Nanti saya panggilkan.”

Maria akur. Dia potong kek itu ke beberapa bahagian dan letak ke atas pinggan dengan hati-hati. Dia nak semua merasa walaupun dia tahu Suhaila dan pekerjanya selalu makan kek. 

Effan datang semula. Duduk dan merenungnya. Beberapa minit, tiada siapapun yang datang. Maria tertinjau-tinjau ke arah pintu belakang.

“Mana dia orang?”

“Dia tak nak ganggu kita.”

“Apa yang mengganggunya? Bila makan ramai-ramai, barulah seronok.”

“Betul. Sayalah yang rasa terganggu. Bukan senang nak luang masa macam ni dengan awak. Suka jual mahal dengan saya.”

Maria sorong bibir ke bawah. Mencebir. Dia berikan pinggan yang sudah diletak sepotong kek kepada Effan.

“Makanlah kek tu.”

Kek Coklat Indulgence itu memang menyelerakan dengan taburan walnut di atasnya dan kepingan coklat sebagai hiasan.

Mereka berdua menikmati kek. Sambil makan, mereka berceloteh. Effan dapat satu idea untuk kenakan Maria. dia calitkan coklat pada jari kelikingnya. Kemudian…

“Maria, apa kat hidung awak tu?”

“Hah? Ada apa?” Maria panik.

“Sini.” 

Maria yang lurus bendul terus mendekatkan mukanya. Sampai juling anak matanya cuba fokus pada hidung. Effan bawa jarinya dan cuit hidung Maria. Maria tak sedar dia sedang calitkan coklat. 

Ketika itu, Maria rasa melekit pada hidungnya. Dia terkaget. Effan tahan gelak. Apabila dia menyapu hidungnya, dia lihat ada kesan coklat pada jarinya. Terus dia menajamkan mata ke arah Effan.

“Encik Effan, apa ni?” 

Effan ketawa. Dia berikan tisu kepada Maria. Mimik muka Maria ketika itu sangat comel. Alahai, berdegap-degup jantung dibuatnya.

“I feel happy to see you this way.”

“Happy sebab kenakan saya?”

Effan jawab dengan senyuman manis. Dan dia mahu lihat kegembiraannya selamanya pada wajah Maria.

“Maaf sebab tak ada hadiah untuk awak.”

“Tak perlulah, Encik Effan. Macam ni pun dah buat saya gembira.”



Nota Penulis : Bab ni pun sama jugak. Main belasah aje. ^^

No comments:

Post a Comment