Sunday 8 November 2015

EKSPO BUKU MALAYSIA

Assalamualaikum... Dah nak hujung tahun dah ni. Seperti biasa, peminat-peminat novel dijemput ke Ekspo Buku Malaysia yang akan diadakan di PWTC mulai  25 - 29 Disember 2015. 

ZR akan berada di sana untuk sesi tandatangan. Kalau berminat untuk membeli Novel Jodohku Superstar, anda boleh beli di sana dan novel-novel lain juga di booth PFP di Bilik Mawar iaitu booth 25 & 26ZR akan berada di sana pada 28 haribulan iaitu hari Sabtu, pukul 10.00 - 1.00 tengah hari. Moh ler beramai ramai ya. Ada novel terbaru terbitan PFP juga di sana. Kita borong novel banyak-banyak. Jumpa di sanaaaa...



Save the date!


AND






Tuesday 29 September 2015

TEASER JODOHKU SUPERSTAR

ZR ada terima feedback dari pembaca yang dah baca novel ni. Cerita yang santai. Ada yang suka kat Amar, yang geramkan si Amar pun ada. Hmm, ada yang tak suka Khalif. Ada yang kesiankan Dhiya. Pendapat masing-masing. Alhamdulillah... So far, respons yang ZR dapat masih positif. Apapun, ZR terima saja komen dan kritikan asalkan yang membina untuk hasilkan karya yang lebih bermutu. ZR nak belanja pengunjung blog ni teasers dalam novel JODOHKU SUPERSTAR. Teaser ni ZR petik randomly. Nak tahu kisah lanjut, boleh beli novel terus ya. Harga mampu milik. 



TEASER 1

Skrin TV tiba-tiba menjadi gelap. Aku pandang Amar. Alat kawalan jauh TV ada di tangannya.

Wednesday 26 August 2015

JODOHKU SUPERSTAR - SEPTEMBER INI

Assalamualaikum. Syukur Alhamdulillah. Tanpa izin dariNya, mungkin tak terhasil karya ini. Okey. Macam yang ZR bagitahu sebelum ni, JODOHKU SUPERSTAR akan keluar tak lama lagi. Tadaaaa.... inilah covernya. Cantik tak? Terharu rasa...sob sob sob...






Monday 17 August 2015

PENGUMUMAN!!!

Assalamualaikum... salam sejahtera... sukacita ZR nak kongsikan di sini yang novel JODOHKU SUPERSTAR KE? akan menemui para pembaca di pasaran tak lama lagi. Bila??? Nanti ZR inform kat sini dalam masa terdekat. Tajuk dah diubah kepada JODOHKU SUPERSTAR, terbitan Penerbitan Fajar Pakeer. 


Tuesday 13 January 2015

MAKLUMAN

Assalamualaikum..lama rasanye tak berblogging kat sini. Macam-macam yang jadi kan. Jadi huru-hara kejap kehidupan masa musim banjir tu. Kalau kiamat, entah macam mana keadaan kan. Apa pun, terima kasih kepada pihak yang banyak membantu mangsa2 banjir. Walaupun ZR tak terlibat tapi 2 minggu jugak terkepong dek air. Tak boleh nak ke mana-mana. 

Sepanjang bencana tu, macam-macam cerita yang ZR dengar tapi selagi kita tak tengok dengan mata kepala sendiri, jangan sesekali percaya. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul kan?

Sebenarnya, bukan pasal tu yang ZR nak kongsikan kat sini.