Sunday 8 January 2017

TERBIT!!! ENCIK SEBELAH JIWA


Perkenalkan novel ke-4 ZR dan ke-3 bersama Penerbitan Fajar Pakeer. Ni baru cover novel. Tajuk asal novel ni adalah WILL YOU MARRY ME, MARIA?. Tetapi, atas sebab-sebab tertentu, tajuk WYMMM dah ditukar kepada ENCIK SEBELAH JIWA. Jalan cerita di blog dan versi cetak ada perbezaan selepas jalani sesi suntingan.

Cun tak cover ni? Belum ada di kedai-kedai buku. Insya-Allah selepas 15 Januari ni akan mula diedar. 

Dah baca 15 bab awal? Jangan lupa dapatkan versi cetak ya. Pastinya olahan ESJ lebih baik daripada yang sebelumnya. Bukan janji, tapi pasti (masuk bakul angkat sendiri)Sebab dah banyak kali kena marah dengan editor. Hihihi

Pembelian secara online di 



Sunday 11 December 2016

EKSPO BUKU MALAYSIA DATANG LAGI!

Assalamualaikum. Alhamdulillah, selepas buat rombakan major yang mana 100% diubah, manuskrip WYMMM dah pun menemui perkataan tamat. Manuskrip pun dah dihantar untuk penilaian. Harap adalah rezeki WYMMM untuk diterbitkan. Janganlah di-reject lagi. 

Sedikit trivia untuk WYMMM versi baru ni.

  1. Lima kali ubah jalan cerita. Kali keenam baru menjadi.
  2. Ambil masa kurang 3 bulan untuk siap. Paling cepat setakat ni bagi ZR. (Mungkin ada penulis yang lebih cepat dan pantas).
  3. Nama hero asalnya Rasyad. Setelah dirombak, nama hero pun ditukar kepada Effan.
  4. Nama Maria dikekalkan sebab mengikut tajuk.
  5. Rombakan terbesar dibuat selama tempoh jadi penulis.
  6. Keseluruhan cerita ini adalah tentang PENGORBANAN. 



Jangan lupa dapatkan. 

Monday 17 October 2016

WILL YOU MARRY ME, MARIA? 15





BAB 15



EFFAN sampai awal di pejabat. Harinya bertambah ceria sejak akhir-akhir ini. Moodnya juga baik sepanjang masa. Kalau ada staf yang buat silap, dia tak marah lagi. Dia akan cakap elok-elok. Ini semua kerana penangan Maria.

Telefon pintar dikeluarkan daripada poket. Dia klik ikon kamera dan ambil gambar sendiri. Kata orang, selfie. Seterusnya, Effan akan hantar gambar itu kepada Maria melalui aplikasi Whatsapp.

Sunday 16 October 2016

WILL YOU MARRY ME, MARIA? 14






BAB 14



EFFAN layari internet dan buat carian tentang tips untuk melupakan bekas kekasih. Hari ini dia telah melantik dirinya menjadi penasihat cinta Maria untuk menyelesaikan masalahnya. 

Banyak keputusan carian, tetapi Effan pilih yang paling atas dalam senarai carian itu. Dia klik pautan dan baca sepintas lalu. 
“Okey. Kat sini dia bagi tujuh tips untuk kita lupakan bekas kekasih. Memandangkan hari ni genap umur awak 27 tahun 8 hari, saya nak awak buat satu perubahan dalam diri awak.” 

WILL YOU MARRY ME, MARIA? 13




BAB 13



SETENGAH jam perjalanan, Maria masih membisu. Dia perasan Effan kerap menoleh ke sebelah ketika memandu. Dia pula tak tahu apa yang nak dibualkan dengan Effan. Rasa tak setaraf pula berada di sebelah lelaki itu. Namun, bibirnya terasa ringan untuk bertanya.

“Encik Effan nak bawa saya pergi ke mana sebenarnya?”

Thursday 13 October 2016

WILL YOU MARRY ME, MARIA? 12





BAB 12



MAJLIS Lelongan Amal dimulakan dengan ucapan daripada pengasas Persada Holdings dan juga wakil pemegang amanah Yayasan Fatimatuzzahra. Apabila Effan naik, semua memaku mata ke arah pentas. Tak terkecuali Maria.

Effan berdiri di depan restrum untuk berikan ucapan dan perasmian. Dia tak berucap lama memandangkan masa yang singkat. Dia minta Elaika tulis seringkas mungkin teks ucapannya. Akhir ucapan, Effan berharap semua beri kerjasama dengan niat membeli sambil menderma.

Tuesday 11 October 2016

WILL YOU MARRY ME, MARIA? 11




BAB 11



JAM 9 pagi, ramai yang sudah mula tiba. Para tetamu yang terdiri daripada VIP, kenalan dan wakil media pun ada yang sudah datang. Di luar dewan telah disediakan hidangan sarapan. Untuk yang tak berkesempatan bersarapan tadi, mereka akan menjamu tekak di situ sebelum masuk ke dewan.