Wednesday, 29 October 2014

NOVEL BERMUSIM BADAI CINTA

Assalamualaikum...post yang ni ZR just nak berkongsi tentang novel pertama ZR yang bertajuk BERMUSIM BADAI CINTA. Dah baca ke belum? Hehe.....

Alhamdulillah...BBC adalah cubaan pertama ZR dengan Penulisan2u. ZR tak pasti sambutannya macam mana tapi bukanlah tahap best-seller..huhu..ape pun ZR tetap gembira dan bersyukur sebab selama ni tak pernah bermimpi akan ada novel sendiri. 




Kisahnya....

ZR ambil masa dalam 4 bulan untuk siapkan manuskrip ni. Sebelum tu terbengkalai ( tak ingat berapa lama). Entah macam mana tiba-tiba datang ilham nak sambung manuskrip ni. Lepas dah siap, baca banyak2 kali dan mintak beberapa orang baca untuk tanya pendapat. So far diorang cakap menarik. Entah ler....nak ambil hati kot. Tapi takpa, ZR terbuka dan terima je komen or kritikan. Tu kan untuk memperbaiki kelemahan kita. Betul tak?

So, ZR cuba nasib lah kan, emel manuskrip ke Penulisan2u. Kalau ikutkan syarat2 hantar manuskrip ke Penulisan2u, proses penilaian ambil masa 3 4 bulan gitu. Jadi untuk manuskrip ni ambil masa 8 bulan sebelum ZR dapat keputusan. Sebelum tu ZR memang dah frust habis dah. Cuma tak putus asa. Tetap menulis dan kumpul manuskrip.

Lepas dah emel, macam biasala...ZR hitung bulan. Lepas 3 bulan, everyday check emel kot2 ada feedback kan. Tapi takda jawapan pun. Kalau nak reject, at least pihak editor inform la via emel kan. So that ZR tak mengharap. Agak kecewa. ZR anggap je manuskrip ZR......



Takpe lah, lepas ni cuba lagi. Mungkin manuskrip ni tak menepati apa yang editor nak kan. (untuk sedapkan hati je).

Awal tahun 2013, dalam bulan 1, ada satu emel pasal status manuskrip. Jantung ni dah dup-dap dup-dap. Bila baca, terus menjerit tapi slow je sebab kat ofis. Alhamdulillah, manuskrip BBC lulus penilaian dan tunggu giliran untuk diterbitkan. 

Pada bulan ogos tahun lepas, maka tercetaklah novel ini. Masa tu rasa bangga sangat tengok buku yang ZR tulis sendiri. Hasil dari ZR bersengkang mata tiap-tiap hari. Sampai tak tidur pun ada. Kat ofis pun curi-curi taip tau sebab tiba-tiba je datang idea. Bila bos lalu, buat-buat busy.  

Masa dapat novel ni, terkejut makkk. Tebal rupanya. Bila tengok harga...terfikir lak...ada ke orang nak beli novel ni. Mahal harga ni. Pastu adik ZR cakap, kalau orang suka baca novel, mahal pun diaorang beli. ZR cakap kat adik, kalau berbaloi takpa la kan. Tapi ZR tak yakin novel ni diterima ke tak. Jadi, REDHA aje la...

Ini lah cover novel nye. Cover aje ye....


Jom, baca sambungan KAN KU CURI HATIMU dalam next post.

No comments:

Post a Comment