Sunday, 11 December 2016

EKSPO BUKU MALAYSIA DATANG LAGI!

Assalamualaikum. Alhamdulillah, selepas buat rombakan major yang mana 100% diubah, manuskrip WYMMM dah pun menemui perkataan tamat. Manuskrip pun dah dihantar untuk penilaian. Harap adalah rezeki WYMMM untuk diterbitkan. Janganlah di-reject lagi. 

Sedikit trivia untuk WYMMM versi baru ni.

  1. Lima kali ubah jalan cerita. Kali keenam baru menjadi.
  2. Ambil masa kurang 3 bulan untuk siap. Paling cepat setakat ni bagi ZR. (Mungkin ada penulis yang lebih cepat dan pantas).
  3. Nama hero asalnya Rasyad. Setelah dirombak, nama hero pun ditukar kepada Effan.
  4. Nama Maria dikekalkan sebab mengikut tajuk.
  5. Rombakan terbesar dibuat selama tempoh jadi penulis.
  6. Keseluruhan cerita ini adalah tentang PENGORBANAN. 



Jangan lupa dapatkan. 





TEASER

“Apa syarat tu?” soal Amar dengan kening terangkat-angkat. Ada riak cemas pada wajahnya.      
Aku menghampirinya dan mundar-mandir sambil berpeluk tubuh. Apa syaratnya ya? fikirku sambil memerah otak.
“Cakaplah apa syaratnya. Tapi tolonglah, saya tak nak dengar awak tolak pinangan saya.”
Aku tak hiraukan kata-kata itu. Serius berfikir hingga aku dapat satu idea. “Ha... Awak kena habiskan 30 juzuk al-Quran dalam satu bulan Ramadan. Kalau awak berjaya khatam, lagi elok. Puasa dan tarawih tak boleh tertinggal walau satu hari pun tanpa keuzuran. Lepas puasa nanti saya akan bagi jawapan. Macam mana?”
Amar tayang muka bersahaja dengan senyuman manis. Dia menghela lega. Langsung tak gentar dengan syarat yang aku kenakan.
“Okey! Saya akan khatam al-Quran. Puasa penuh dan tak tinggal tarawih. Dengan syarat, saya tinggal kat sini. Lepas raya, kita nikah!” Amar tekad.

Gulp! Gulp!




TEASER

“Abang ada kat sini tau. Yang sibuk dengan handset tu kenapa?” 
Hessa merengus. Dia menyimpan telefon pintarnya ke dalam beg tangan.
“Saja tengok-tengok Facebook. Manalah tahu ada yang add friend. Kalau tak approve, nanti orang kata sombong.” 
“Siapa nak add Hessa? Hessa dah kahwin. Dah tukar ke belum status ‘married to’ abang? Berkawan dengan abang sorang aje dah cukup.” 
“Awak dah hantar friend request ke belum?”
“Hessa belum approve ke? Dah lama abang request.”
Hessa tercengang. Ada ke permintaan daripada Zafrel? Dia tak perasan pula.
“Sampai hati Hessa tak approve, kan? Dah lama abang add friend. Sampai hati Hessa. Ni mesti ada apa-apa ni nak sorok daripada abang.”
 Huh... Hessa julingkan mata ke atas. Cemburu tak bertempat.
Zafrel geleng kecil. Asal tegur saja, buat muka, juling mata, bebelnya dalam hati.


No comments:

Post a Comment