Wednesday, 28 September 2016

WILL YOU MARRY ME, MARIA? 1



PROLOG



“EFFAN ada tak? I nak jumpa dia.”

Elaika yang sedang kusyuk menyiapkan laporan minit mesyuarat ahli lembaga pengarah terkejut dengan sapaan suara yang keras itu. Dia mendongak dan bingkas.

“Cik Seira?”

“Dia ada tak? Kenapa you terkejut nampak I? Oh, Effan dah haramkan I jejakkan kaki kat sini ke sampai semua orang pandang I macam ni?” Tak semena-mena Maseira melenting. Kebetulan beberapa orang staf di unit itu turut memandangnya dengan pandangan yang jengkel.

“Eh, tak. Bukan macam tu, Cik Seira. Sekarang Tuan Effan ada tetamu. Boleh tak cik tunggu sekejap?”

“Siapa you nak suruh I tunggu? I nak jumpa Effan sekarang!”

Elaika tertelan liur. Tak pernah dia lihat bekas teman wanita bosnya segarang ini. Selalunya datang menggedik dan lembut saja bercakap. Mentang-mentang dah berpisah, terus tunjuk perangai. Memang patutlah Effan tinggalkannya.

“Cik Seira, tuan saya ada tetamu. Tolong faham,” tegas Elaika.

“Do I care? Mesti you dah berpakat dengan dia, kan?” Maseira jegilkan mata ke arah Elaika dan meneruskan langkah laju ke bilik Effan. Kasut tumit tingginya berderap kuat.

Elaika cepat-cepat keluar dari mejanya untuk menghalang Maseira. Ketika itu Maseira sudah pun berada di depan bilik Effan.

“Cik Seira!”

Panggilan Elaika tak Maseira endahkan. Dia menolak pintu begitu saja. Sebaik kakinya melangkah ke dalam, dia terpaku. Tiga orang lelaki bukan melayu dan Effan sedang bermesyuarat di ruang tamu bilik itu. 

“Maafkan saya, tuan. Saya dah cakap. Dia tak dengar.” Elaika datang berikan penjelasan. Dia rasa sebal dengan sikap bekas teman wanita bosnya itu.

Maseira menjeling tajam ke arah Elaika. 

“Please excuse me.” Effan tinggalkan seketika klien-kliennya yang datang dari Istanbul dengan penuh sopan dan pergi mendapatkan Maseira. 

Pintu biliknya ditutup. Dia menarik tangan Maseira dan bawa ke depan lif.

“Siapa you nak ganggu I meeting?”

Maseira rasa bersalah. Dia sangka Effan berpakat dengan Elaika tak benarkan dia masuk.

“I minta maaf. I tak tahu yang you tengah meeting.”

“Mustahil yang you tak tahu, Seira. Ika dah bagi tahu you, kan?”

Maseira terdiam. Muka Effan nampak benar-benar marah.

“You nak apa datang ke sini? Kan kita dah tak ada apa-apa lagi.”

“Effan, apa yang terjadi tu cuma salah faham. I dengan Raz tak ada apa-apa hubungan pun. I tak cintakan dia. I tak ada perasaan pun kat dia. Sumpah!”

Effan mengetap bibir. “You ingat I nak percaya? Kalau you tak ada hubungan dengan dia, macam mana you boleh biarkan dia peluk you? I was dumb for letting you made a fool of me. Just cut it out, Seira. Tak perlu nak jelaskan apa-apa lagi. I dah tak percayakan you. In fact, you’re not part of my life anymore.”

“Effan…” Maseira tak dapat menahan sedih dengan tuduhan-tuduhan itu. Dia tak bermaksud untuk mempermainkan perasaan Effan. Dia masih mencintai Effan. Tak pernah berubah walaupun dia ada Razlan.

“One more thing… you dah malukan I depan klien-klien I.”

“I’m sorry. I’m really sorry. Please forgive me,” pinta Maseira berkali-kali. Kesal. Dia cuma mahu Effan menerimanya semula. Itu saja. 

Kepala Effan tergeleng-geleng. “I’m sorry for that. I takkan maafkan you sebab permainkan perasaan I.”

“Effan, I didn’t mean it. Percayalah.”

“Of course you didn’t, Seira.” Sinis. “You better leave now,” tegas Effan lalu angkat kaki meninggalkan Maseira.

Maseira terketap-ketap gigi melihat Effan berlalu pergi. Kakinya yang menyarung kasut bertumit tiga inci itu dihentak-hentak untuk lepaskan geram.

Butang lif ditekan kasar dan bertubi-tubi. Menunggu pintu lif terbuka sambil berpeluk tubuh. Wajahnya merah menahan perasaan. 

Effan menggeleng kesal sebaik saja melihat Maseira menghempas pintu dan pergi. Dia memang sudah tawar hati untuk menerima Maseira kembali. Tak guna merayu dan memujuk lagi. Hampir terlupa, dia masih ada mesyuarat yang tergendala. Seperti lipas kudung dia berlari ke biliknya.

“I am really sorry about what just happened.” Effan kesal dengan apa yang berlaku tadi.

“No big deal, man. Young couple love story. We are too old to not to understand.”Salah seorang bersuara dengan fikiran terbuka. Ada sedikit gelak di hujungnya.

“There’s nothing to be worry about. So, do you think you’re gonna take this offer? Or you need more time?” Seorang lagi yang berbadan gempal dan tinggi mencelah.

“No. I guess it’s a done deal.”

Ketiga-tiga lelaki itu tersenyum lega. Akhirnya Effan bersetuju untuk menerima tawarannya.


************

BAB 1



EFFAN kembali ke tanah air setelah tiga tahun ke Istanbul. Kebetulan urusan kerja di sana sudah pun selesai. Kalau dalam tempoh tiga tahun, dia cuma dapat balik ke Malaysia dua kali. Itupun sekejap saja.  Sekarang, dia tak perlu ke sana lagi. Dia akan fokus dengan kerja-kerja dalam Malaysia saja. 

Setiap kali dia pulang ke sini, ada sesuatu yang sering mengusik fikirannya. Dia cuba untuk lenyapkannya. Namun, ia tetap menghantui. Adegan mesra itu kerap terlayar di ruang matanya bila bersendirian. Sakit hati, terluka, kecewa, dan rasa dikhianati tak pernah lekang dari hatinya. Dalam tempoh itu, dia cuba mengenali beberapa orang gadis untuk menggantikan tempat Maseira, namun tiada seorang pun yang kena dengan jiwanya. Entah apa yang dia cari dan mahu.

“Seira!”

Razlan dan Maseira tersentak. Serentak mereka memandang ke arah pintu dan seorang lelaki merempuh masuk.

“Effan?” Maseira gamam. Terkedu.

Effan mengetap marah. Dia merenung lelaki bernama Razlan yang mana ini kali pertama dia melihat lelaki itu. Dia benar-benar terkejut dengan kelakuan Maseira. Mereka sedang berpelukan.

Maseira cemas. Dia menolak tubuh Razlan dan pergi ke arah Effan.

“Effan, I can explain.” Apabila tertangkap dengan Effan, Maseira memang tak mampu menidakkan apa yang lelaki itu lihat sebentar tadi. 

“You nak jelaskan apa, Seira? I nampak apa yang you buat dengan dia tadi. I’m not blind!” Effan mengamuk. Masih terkawal.

Maseira ketandusan kata. Dia bingung seketika. Semua ini berlaku terlalu cepat. Dia tak keruan. Razlan dan Effan, dia tidak pasti siapa yang harus dia utamakan.

“Baguslah you datang, Effan. You datang tepat pada masanya. Let me clear this you.” Razlan mencelah. Dia akan beritahu Effan. Kalau nak harapkan Maseira putuskan hubungan mereka, mungkin dia terpaksa tunggu lebih lama.

“Raz, no!” Maseira membantah. Dia takkan biarkan Razlan bertindak.

“Kenapa, sayang? It’s time. You tak payah tunggu lagi. Bagi tahu dia yang you nak putuskan hubungan dengan dia. Habis cerita.”

Effan terus memandang Maseira dengan riak terkejut. Tak percaya. Sedih dan kecewa.

“Betul ke apa yang I dengar, Seira?  You nak putuskan hubungan kita?” Effan mendekati Maseira dengan langkah yang lemah. Dia agak terkejut dengan keputusan itu. Tetapi, melihat kecurangan Maseira adalah sesuatu yang sudah dijangka. Ternyata gerak hatinya untuk datang ke sini adalah untuk melihat kebenaran. Tak perlu dia menyiasat lagi.

“Effan, bukan macam tu…”

“Bukan macam tu? Now what, Seira?” Razlan menyampuk lagi. 

Maseira makin keliru. Rasa nak menangis. Dia perlukan kedua-duanya. Cuma, dia tak menyangka ia akan berakhir secepat ini.

“After years… ni balasan you untuk I?”

Maseira merenung wajah Effan dengan rasa bersalah. Dia menyesal. Dia cuba meraih tangan Effan. Sepantas kilat lelaki itu menepis hingga pedih tangannya.

“Dia tak bahagia dengan you, Effan. Lepaskan dia.”

Mata Effan tajam beralih ke wajah Razlan. Lelaki itu suka menyampuk. 

“Lepaskan dia? Sure. Ambillah. I tak nak perempuan macam ni jadi isteri I. But for sure, Seira… sekali I ludah, I takkan jilat balik. Apa-apa yang jadi lepas ni, jangan sesekali datang cari I lagi. We are over!” 

Maseira terkesima dengan mata terbuntang. Air mata merembes tanpa dapat dia tahan lagi. Effan mengorak langkah keluar dari pejabatnya. Dia mengejar dengan menjerit nama lelaki itu tanpa pedulikan dua orang pelanggan dalam butiknya.

“Effan! Tunggu!”

Effan menolak pintu kaca itu dengan kasar. Maseira mengejar tanpa putus asa. Begitu juga Razlan. Dia sakit hati melihat Maseira mempertahankan lelaki itu. Sudah jelas yang Effan putuskan hubungan mereka. Untuk apa mengejarnya lagi? Atau Maseira sebenarnya tak mahu berpisah dengan Effan?

“Effan, tunggu. Dengar dulu apa yang I nak cakap.” Apabila dekat dengan Effan, Maseira terus memaut lengan lelaki itu.

Effan berhenti dan berpaling. Lengan kirinya disentap.

“I dengan Razlan…” Baru saja Maseira nak buka mulut, Razlan sudah berdiri di sebelahnya.

“Kami akan kahwin,” celah Razlan lalu menggamit tangan Maseira. Digenggam kemas. Maseira cuba menarik tangannya. Tak berjaya.

Effan merenung tangan Maseira dan Razlan yang menyatu dalam genggaman itu. Dia senyum sinis.

“I’m not surprised at all.” Effan pergi ke keretanya dan ambil sesuatu di dalam dashboard. Sekeping sampul berwarna putih tanpa tulisan. Dia tunjuk kepada Maseira.

Maseira merenung sampul itu dan tertanya-tanya apa isi kandungannya. 

“I tak sangka perangai you seteruk ni, Seira!” herdik Effan dengan mata yang mencerun ke wajah Maseira. Giginya diketap-ketap.

“You tak ada hak cakap Seira macam tu!” tempelak Razlan.

Effan ketawa sinis memandang Razlan.

“Kenapa tak boleh? You bawa dia pergi kelab malam, berpelukan, lelaki macam ni ke you nak buat suami?” 

Kini, pandangan Effan berkalih kepada Maseira pula. Maseira sekali lagi hilang punca. 

“Ni, dalam ni ada semua bukti. Ambillah. Simpan buat kenangan untuk anak cucu you all. Okey?”

Effan tinggalkan mereka dan masuk ke dalam kereta. Gambar-gambar itu dia dapat hasil intipannya dengan Oppy. Dia memang marah dengan perbuatan Maseira. Namun, dia bersyukur kerana dia sedar sebelum dia buat keputusan untuk mengahwini Maseira. 

Maseira tertunduk kesal. Mendalam sungguh kata-kata Effan itu. Makan dalam. 

Razlan memeluk bahu dan tenangkannya. 

“I ada untuk you, Seira.”

Perlahan Maseira dongak ke wajah Razlan di sebelah. Dia ketap bibir. Dia benar-benar kesal. Kerana Razlan, dia kini benar-benar kehilangan Effan. Apa patut dia buat sekarang? Tak mungkin Effan akan menerima dia kembali.

Dan, pintu hati Effan sudah tertutup untuk Maseira sampai bila-bila.

“Tuan!” 

Laungan satu suara yang seperti nak tercabut halkum itu menyentaknya daripada lamunan.  Dalam masa yang sama, dapat dia kenalpasti pemilik suara itu. Anak matanya mengitari ruang legar dan mencari Oppy. Lantas dia tersenyum. Cepat betul pemandunya sampai. Oppy berlari anak ke arahnya.

“Cepat awak sampai.”

“Bila tuan bagi tahu naik flight semalam, saya dah kira-kira dah pukul berapa kena ada kat sini. Banyak tak barang tuan? Saya pinjam Hilux Encik Haniff.”

Effan ketawa sebiji. Bernas juga idea Oppy dengan meminjam kereta Haniff. Kebetulan memang barang-barangnya empat kali ganda muatannya berbanding sebelum dia ke Istanbul. 

“Nak tahu banyak ke tak, jomlah.”

Oppy pandang Effan yang memulakan langkah dengan riak curiga. Bibir tersenyum senget.


“HARDY! Hardy!” panggil Maria bertubi-tubi namun kaki Hardy masih jua terus disusun tanpa menoleh. Deras langkahnya menuju ke pintu utama. Masa penerbangannya akan tiba tak lama lagi.

“Hardy! Tolong jangan pergi.” Maria ubah rentak langkahnya agar dapat menyaingi Hardy. Akhirnya dia berjaya menarik tangan lelaki itu. Langkah Hardy ternoktah secara drastik. Bagasi yang ditarik dilepas dan dia memusingkan tubuh ke arah Maria. Serius air mukanya. Wajah Maria ditenung. Pipi yang merah dan basah dengan air mata langsung tidak mengundang simpatinya.

“You tak faham bahasa ke, Maria?” suara Hardy keras.

“Tak. I memang jenis tak faham bahasa. Jangan tinggalkan I, Hardy. I merayu.”

Hardy meliarkan pandang sekeliling apabila ada orang awam yang menyaksikan adegan mereka. Dia menarik Maria ke satu sudut agar tidak menghalang laluan pintu utama.

“You tak malu ke?”

Maria geleng. Dia sudah tak pedulikan sekelilingnya. Pedulikan apa yang orang akan fikir dan perkatakan.

“Tolonglah, Hardy. Jangan ikut dia.” Maria tak putus-putus merayu. Dia tahu Hardy sudah beralih arah kepada Sophie, gadis kacukan. Mereka akan terbang ke Chicago. Walaupun pahit untuk menelan kebenaran itu, Maria tetap mahu pertahankan hubungannya. Biarlah dia dikatakan terhegeh-hegeh terhadap Hardy. Setidaknya, dia tahu apa yang dia mahukan.

“You tak ada hak nak halang I, Maria. I tetap akan ikut Sophie dan I akan kahwin dengan dia. Our relationship was a mistake. I baru sedar yang tiga tahun I dah buang masa dengan you.  But, it’s just nothing. I dah tawar hati dengan you. You langsung tak pandai ambil hati I, jaga hati I. You tak pernah ambil kisah apa I nak. Tak macam Sophie. Dia bagi apa yang I nak. Sebab tu I jatuh cinta dengan dia. Tapi, you? Sibuk dengan kerja wartawan you tu. Interview korporat sana, interview korporat sini sampai tak ada masa untuk I. Jadi, you tak perlu rasa pelik kenapa I berubah hati. I harap you akan berjumpa jodoh you dengan spesies korporat.”

Itukah sebabnya Hardy berpaling tadah dengan hubungan mereka? Pengakuan Hardy benar-benar merobek hati Maria. Kepalanya tergeleng-geleng cuba menafikan diiringi air mata berjuraian. Kenapa Hardy perlu pertikaikan kerjayanya? Ia memang kerjanya dan ada ketika dia terpaksa pulang lewat. Memang dia akui masa peribadinya agak terhad.

“Supaya you lebih mudah nak faham, biarlah I cakap aje. I dah tak ada apa-apa perasaan terhadap you. Kosong.” Hardy seperti tiada perasaan lagi. Melihat Maria menangis tak meninggalkan kesan kepadanya. Sekalipun Maria menangis air mata darah, dia tetap takkan kembali kepada Maria. Cuma Sophie di mata dan juga hatinya. Malah, dia rasa jelak melihat wajah Maria. 

Kalau tadi, hatinya robek, kini ia hancur berkecai. Retak beribu. Terasa kakinya tak dapat lagi menampung tubuhnya. Apabila terasa terhuyung-hayang, Maria undur selangkah kaki ke belakang untuk imbangkan semula badan. Terasa dirinya hilang seketika dalam keriuhan di lapangan terbang itu. Dia dongak perlahan-lahan ke wajah Hardy. Mencari anak mata Hardy meskipun matanya kabur digenangi air mata.

“Kenapa you buat I macam ni, Hardy? Kenapa baru sekarang you nak ungkit pasal kerja I?” soalnya dengan suara bergetar menahan perasaan.

Hardy tak dapat luahkan jawapan. Selama ini dia cuba bersabar. Kesabarannya ada batas.

“Jawablah,” gesa Maria apabila Hardy cuma membisu. 

Hardy masih membisu seraya memalingkan wajah. Sekilas merenungnya dan ia beralih. Maria senyum sinis. Sambil itu dia menyapu air matanya yang masih bersisa. Nafas di tarik dalam-dalam dan bertenang seketika. Dada masih sebak, tapi dia mesti kuat. Sebelum Hardy pergi, dia ingin titipkan pesanan buat lelaki itu. 

“Sebelum you pergi, I nak you tahu yang kalau you tak ada sesiapa lagi, I ada untuk you, Hardy. I ada kat sini untuk tunggu you. Cuma I harap you jangan lupakan I sebagai seorang yang masih cintakan you. Semoga you bahagia dengan pilihan you.” Serentak dengan itu, Maria mengeluarkan rantai kunci cantuman bentuk hati dan kunci. “You ingat lagi dengan keychain ni?”

Hardy terkesima. Rantai kunci itu dia berikan kepada Maria ketika hari pertama mereka isytiharkan hubungan mereka.

“I pulangkan semula dekat you. Sebab hati you bukan milik I lagi.” Maria mengambil tapak tangan kiri Hardy dan letak rantai kunci itu. Sebak dadanya saat tuturkan kata-kata itu. Hardy pula tidak menghalang tindakan Maria. Hanya kaku merenung rantai kunci itu dengan satu perasaan yang sukar ditafsir.

Setelah kembalikan rantai kunci itu, Maria tak sanggup lagi menatap wajah Hardy. Tiada dendam. Cuma rasa sedih dan terkilan. Dia mengorak langkah untuk pergi ke tempat letak kereta. Tak semena-mena pandangannya berpinar dan dunianya berpusing-pusing. Maria terhuyung-hayang beberapa saat sebelum rebah.

Kebetulan, sebuah kereta Toyota Hilux meluncur dengan kelajuan sederhana tepat ke arah Maria.

“Maria!” Hardy menjerit. Dia segera berlari mendapatkan Maria.

Pemandu kereta itu menekan brek mendadak hingga menarik perhatian orang di sekitar.



Nota Penulis : Cerita ini masih dalam proses pembikinan. Belum diedit lagi. Mungkin ada perubahan yang tak akan dikemaskini di sini. Harap suka dengan versi baru WILL YOU MARRY ME MARIA. Sebarang teguran saya alu-alukan untuk memperbaiki jalan cerita. ^^


No comments:

Post a Comment