Tuesday, 13 January 2015

MAKLUMAN

Assalamualaikum..lama rasanye tak berblogging kat sini. Macam-macam yang jadi kan. Jadi huru-hara kejap kehidupan masa musim banjir tu. Kalau kiamat, entah macam mana keadaan kan. Apa pun, terima kasih kepada pihak yang banyak membantu mangsa2 banjir. Walaupun ZR tak terlibat tapi 2 minggu jugak terkepong dek air. Tak boleh nak ke mana-mana. 

Sepanjang bencana tu, macam-macam cerita yang ZR dengar tapi selagi kita tak tengok dengan mata kepala sendiri, jangan sesekali percaya. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul kan?

Sebenarnya, bukan pasal tu yang ZR nak kongsikan kat sini. 



OK! ZR akan post e-novel terbaru. BARU SEMALAM MIMPI DICINTA, BUAT AKU GILA dan SUATU MASA DULU KITA akan dihentikan entry nya kerana sebab-sebab yang tak dapat dielak. 

ZR nak kongsikan juga yang ZR dah dapat feedback dari publisher di mana ZR hantar manuskrip JANGAN PULANGKAN HATI INI atau MAAF ANDAI TERLALU SAYANG. Keputusan yang ZR dapat memang dah dijangkakan. ZR terima keputusan tu seadanya. Katanya manuskrip terlalu pendek dan mereka minta manuskrip itu ditambahbaik atau dikembangkan tapi ZR rasa tak perlu kot. Lagipun masa tu ZR tak sabar nak habiskan manuskrip tu dan tulis yang lain. Kiranya cerita tu ditulis ala kadar je. Keputusan tu tak mengecewakan ZR atau melemahkan ZR untuk terus menulis. Lagipun ni memang minat ZR sejak dari sekolah lagi. 

Manuskrip AKU ADA KERANA KAU ADA pula masih dalam penilaian. Tengoklah macam mana keputusan.

Manuskrip JODOHKU SUPERSTAR juga dah dihantar untuk penilaian. Lulus atau tak tu, ZR redha saja. Terima saja keputusan. 


2 comments:

  1. Hai kak ZR ..
    Hrp manuskrip kak ZR diterima.
    Kalau diterima bagitahu ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai kieyla hania, manuskrip dah diterima. Terima kasih atas sokongan.

      Delete