PROLOG
“EFFAN ada tak? I nak jumpa dia.”
Elaika yang sedang kusyuk menyiapkan laporan minit mesyuarat ahli lembaga pengarah terkejut dengan sapaan suara yang keras itu. Dia mendongak dan bingkas.
“Cik Seira?”
“Dia ada tak? Kenapa you terkejut nampak I? Oh, Effan dah haramkan I jejakkan kaki kat sini ke sampai semua orang pandang I macam ni?” Tak semena-mena Maseira melenting. Kebetulan beberapa orang staf di unit itu turut memandangnya dengan pandangan yang jengkel.