Assalamualaikum. Sedar tak sedar dah 10 hari kita berpuasa. Cepatnya masa berlalu. Dan, rasa lama sangat dah tak update kat blog.
Selepas melahiran BERMUSIM BADAI CINTA (2013), JODOHKU SUPERSTAR (2015), novel AKU ADA KERANA KAU ADA akan diterbitkan tak lama lagi. Ini adalah novel ZR yang ketiga. ZR memang target untuk keluarkan sebuah novel untuk tahun ni. Kalau boleh satu tahun satu novel. Alhamdulillah, tahun ni Insya-Allah akan tercapai target tu. BILA TERBIT? Ha... ZR tak boleh bagi tahu sebab masih dalam proses pemilihan tajuk yang sesuai. Jadi, tajuk novel ni dalam versi cetak mungkin bukan lagi tajuk AAKKA ya. Bila dah confirm tajuk dan bila terbitnya, ZR akan update kat sini. Siap dengan promosi.
Kronologi manuskrip AAKKA ni, ZR nak bagi tahu yang ia pernah ditolak sebanyak dua kali. Tolak kali pertama, ZR baiki. Kali kedua ditolak, baiki jugak. Kali ketiga ZR hantar ke PFP (takut kena reject lagi) untuk cuba nasib dan Alhamdulillah diterima walaupun masih ada yang perlu dibaiki. Bagi ZR, rezeki ada di mana-mana kalau kita tak putus asa. Betul tak? Yang penting, kita tahu apa yang kita nak sampaikan. (Kepada sesiapa yang nak jadi penulis, boleh hantar manuskrip ke PFP)
Seperkara lagi, jalan cerita dalam blog dan versi cetak ada banyak perubahan. Nama heroin jugak ZR tukar. Nama hero masih kekal. Cuma dari segi permulaan, pertengahan, ada banyak perubahan. Jadi, kalau baca yang kat blog ni kira dah tak valid dah. Memang totally different dengan versi cetak nanti.
Apapun, terima kasih kepada yang sudi baca AAKKA. Nantikan versi cetak ya.
Nota penulis: Manuskrip Will You Marry Me Maria? masih pending. Entah bila nak sambung.
No comments:
Post a Comment